Pages

Friday, April 27, 2012

PENUTUP ;)

SUBJEK : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN
KOD SUBJEK : EUW 233
KELAS : KUMPULAN 5 ( SELASA, 10 - 12 AM)
PENSYARAH : PN. SITI AISYAH BIN MOHD NOOR
DISEDIAKAN OLEH :
 - AZWAN BIN ASHARI (111022040)
 -MOHAMAD AIDIL BIN ABDUL JALIL (111022103)
 -SITI ROHANI BINTI YUSOFF (101081203)

Sekian, Terima Kasih :)

Thursday, April 26, 2012

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, melalui perbincangan yg panjang, jelaslah bahawa tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yg unik, kerana tahap perkembangan yg mengambil masa yg lama & juga melalui pelbagai peringkat, yg mana setiap peringkat itu meninggalkan kesan yg mendalam terhadap negara bangsa dan generasi hari ini dan akan datang.

Monday, April 23, 2012

CABARAN TAMADUN MELAYU PADA MASA KINI

Cabaran yg diterima oleh tamadun Melayu kini terdiri daripada 2 cabang iaitu cabaran dari dalam & cabaran dari luar.
Cabaran dari dalam yang kelihatan sangat ketara ialah cabaran sosio-budaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami.
Golongan yg paling berisiko tinggi utk menghadapi cabaran tersebut adalah golongan remaja & belia.
Ini kerana golongan ini mempunyai tanggungjawab yg sangat besar yg diharapkan oleh kerajaan utk terus menyambung segala kecemerlangan yg tlh berjaya di capai.
w/bagaimanapun, remaja sekarang khususnya remaja Melayu byk terbabit dgn gejala sosial yg sangat membimbangkan seperti penyalah gunaan dadah, kesalahan juvana dsbgnya.
Ini kerana golongan ini mempunyai tanggungjawab yg sangat besar yg diharapkan oleh kerajaan utk terus menyambung segala kecemerlangan yg tlh berjaya di capai.
w/bagaimanapun, remaja sekarang khususnya remaja Melayu byk terbabit dgn gejala sosial yg sangat membimbangkan seperti penyalah gunaan dadah, kesalahan juvana dsbgnya.
Manakala cabaran dari luar pula seperti kemasukan pengaruh asing, terutama sekali unsur-unsur dari Barat. Unsur-unsur ini adalah kesan daripada berlakunya globalisasi ataupun proses pengecilan dunia. Barat adalah merupakan satu kuasa yang sangat berpengaruh dan mampu menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu, terutama sekali dari segi nilai dan amalan agamanya, adat resamnya dan juga proses sosialisasi dan pembudayaan.
Pengaruh Barat yg membawa ideologi seperti sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme, atiesme dan lain-lain, menyebabkan banyak yang terpengaruh khususnya dari segi pemikiran orang-orang Melayu.
Oleh itu pembersihan jiwa seperti menekankan akauntabiliti dan ketakwaan, kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip dan sebagainya sangat diperlukan untuk memastikan masyarakat Melayu tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya 

Friday, April 20, 2012

Kesan & Pengaruh Islam kepada Tamadun Melayu

1.Agama dan Kepercayaan:
-memberi kesan yg mendlm dr segi akidah & kepercayaan masy. Melayu ketika itu.
-meninggalkan kepercayaan animisme & dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yg dibawa oleh agama Hindu-Buddha.
-mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Tidak ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu.
2. Pendidikan:
-kedatangan Islam tlh byk merubah sistem pendidikan yg diamalkan oleh masy sebelum itu.
-selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan.
-banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas disebarkan kpd golongan bawahan.
Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih komprehansif dan tersusun.
Kesan perkembangan ilmu pendidikan ini telah melahirkan ramai para cendekiawan dan ulama’-ulamaMelayu yang menjadi pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama seperti Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hassan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
3.Bahasa dan Kesusasteraan:
-menerima pengaruh yg besar dgn kedatangan agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M.
-penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan.
Perubahan dr segi bhs boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali sebagai tulisan jawi.
Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.




Wednesday, April 18, 2012

TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Kehidupan masy melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yg dinamakan sbg adat kepercayaan berdasarkan kpd pandangan semesta tradisional org Melayu tersebut.
Kebudayaan sesebuah masy adalah berbeza antara satu sama lain.
Pandangan semesta Melayu berpusat kpd manusia yg mana ia mempunyai tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib dlm kehidupan mereka.
Kepercayaan ini telah membawa kpd lahirnya adat dan kebudayaan dlm kehidupan masyarakat Melayu.
Umumnya pandangan semesta masy melayu terbahagi kpd 3 bhg iaitu:
  i. zaman pra-Islam:
  -bertunjangkan kepada kepercayaan animismedan kepercayaan dinamisme’.
ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
-kedatangan agama Hindu-Buddha tlh menjadikan amalan penyembahan & upacara keagamaan menjadi lebih tersusun.
-telah menyerap kedalam kehidupan & kebudayaan Melayu, terutama dikalangan golongan pemerintah & bangsawan.
-memberi kesan mendalam dlm sistem sosial masy melayu seperti sistem kasta  yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata.

iii. Zaman kedatangan Islam:
  -Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan.
  -Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.
  -Justeru itu, pandangan semesta melayu juga turut dibentuk berasaskan hablumminallah (hubungan dengan Pencipta) dan hablumminannas (hubungan sesama manusia).