Pages

Tuesday, April 3, 2012

DEFINISI TAMADUN MENGIKUT

PERSPEKTIF ISLAM
Ibnu Khaldun 
dalam kitabnya al-Muqaddimah
memperkenalkan dua terminology al – umran dan al – hadarah
dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan
manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat  atau kota atau
wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,
kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Abu Nasir al – Farabi
Telah memperkenalkan istilah al – madaniah dalam abad ke –
11 Masihi dalam kitabnya as – Siyasah al – Madaniah.
Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu
sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh
Rasuulah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah
pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu
akidah, syarak dan akhlak.

PERSPEKTIF BARAT


1. E.B Taylor 
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek –
aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral,
perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh
masyarakat

2. Arnold Toynbee 
Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai
empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik,
pengetahuan dan seni.

3. J.K Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh
masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas
material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu
keperluan.

No comments: