Pages

Friday, April 20, 2012

Kesan & Pengaruh Islam kepada Tamadun Melayu

1.Agama dan Kepercayaan:
-memberi kesan yg mendlm dr segi akidah & kepercayaan masy. Melayu ketika itu.
-meninggalkan kepercayaan animisme & dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yg dibawa oleh agama Hindu-Buddha.
-mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Tidak ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu.
2. Pendidikan:
-kedatangan Islam tlh byk merubah sistem pendidikan yg diamalkan oleh masy sebelum itu.
-selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan.
-banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas disebarkan kpd golongan bawahan.
Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih komprehansif dan tersusun.
Kesan perkembangan ilmu pendidikan ini telah melahirkan ramai para cendekiawan dan ulama’-ulamaMelayu yang menjadi pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama seperti Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hassan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
3.Bahasa dan Kesusasteraan:
-menerima pengaruh yg besar dgn kedatangan agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M.
-penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan.
Perubahan dr segi bhs boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali sebagai tulisan jawi.
Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.




No comments: