Pages

Thursday, April 5, 2012

SUMBER TAMADUN ISLAM

AL-QURAN 
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW. 
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah 
untuk manusia. 
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya. 
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan
Allah.  Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.  
•Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya : 
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf
 ♥ IJMA’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan baginda. 
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan
Al-Hadis. 
• Contoh dalil : 
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59) 

QIYAS 
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain 
kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah. 
• Dalil : 
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang
yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)

No comments: