Pages

Wednesday, April 18, 2012

TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Kehidupan masy melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yg dinamakan sbg adat kepercayaan berdasarkan kpd pandangan semesta tradisional org Melayu tersebut.
Kebudayaan sesebuah masy adalah berbeza antara satu sama lain.
Pandangan semesta Melayu berpusat kpd manusia yg mana ia mempunyai tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib dlm kehidupan mereka.
Kepercayaan ini telah membawa kpd lahirnya adat dan kebudayaan dlm kehidupan masyarakat Melayu.
Umumnya pandangan semesta masy melayu terbahagi kpd 3 bhg iaitu:
  i. zaman pra-Islam:
  -bertunjangkan kepada kepercayaan animismedan kepercayaan dinamisme’.
ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
-kedatangan agama Hindu-Buddha tlh menjadikan amalan penyembahan & upacara keagamaan menjadi lebih tersusun.
-telah menyerap kedalam kehidupan & kebudayaan Melayu, terutama dikalangan golongan pemerintah & bangsawan.
-memberi kesan mendalam dlm sistem sosial masy melayu seperti sistem kasta  yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata.

iii. Zaman kedatangan Islam:
  -Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan.
  -Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.
  -Justeru itu, pandangan semesta melayu juga turut dibentuk berasaskan hablumminallah (hubungan dengan Pencipta) dan hablumminannas (hubungan sesama manusia). 



 
 

No comments: